Hello! Wallo! ![]() My Beloved Crush ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Big Clap ![]()
| LAMAN SOSIAL medium perantaraan remaja kini
Salam #CINTA buat para pembaca blog ni. Soalan yang sering saya ajukan, adakah kamu sedang bercinta?Atau sedang ingin bercinta? Mungkin juga mencari cinta? Atau sedang tersenyum sendirian apabila diajukansoalan-soalan ini? Untuk pengetahuan kamu, cinta adalah sesuatu yang indah jika kamu bijak mengawalnya danbukan membenarkan cinta mengawal diri kamu. Bagaimana pula caranya kamu meluahkan rasa hati sejak dua menjak ini? Adakah melalui SMS yang kamuhantar kepada si dia, email beserta pesanan bergambar, voicemail, pesanan barlagu, atau mungkin lamanFACEBOOK dan TWITTER yang diacap kali menjadi tempat utama untuk kamu melahirkan rasa hati dan emosi. Cuba hayati kata-kata #CINTA ini: "Dunia percintaan ialah pengalaman yang paling indah dalam hidup seseorang, kata-kata manis untuk si dia telah kamu ungkapkan bagi melahirkan rasa rindu, kasih dan sayang terhadap dirinya. apa sahaja medium yang ada pasti akan dijadikan landasan untuk menyampaikan perasaan hati buat insan yang terlalu istimewa itu". Sesetengah remaja merasakan bahawa ungkapan rindu dan cinta itu terlalu peribadi untuk dikongsi dengan insan selain kekasih hati. Namun ada juga segelintir remaja mendapat kepuasan sosial apabila rakan-rakan lain tahu bahawa ungkapan manis itu ditujukan khas buat insan tersayang. kamu pula dalam kelompok yang mana? Buat kamu yang sentiasa menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk mengutarakan luahan perasaan, adalah sangat penting untuk kamu fahami bahawa apa sahaja yang dipaparkan di mata umum akan mencerminkansiapa diri kamu yang sebernanya. Rakan-rakan yang membaca pasti akan mulia menilai sikap dan cara kamuberkomikasi dengan pasangan kamu. Ada sesetengah individu pula akan merasakan paparan komunikasi kamu dengan pasangan sebagai MANISdan ROMANTIK, namun jika keterlaluan berkemungkinan akan ada lebih ramai lagi yang mula menyampah dengancara kalian berdua. Hati-hatilah apabila meletakkan 'Ceritera' Cinta kamu dan pasangan di laman sosial. memandangkan usia kamu masih remaja bermakna kamu masih terlalu muda untuk menilai tindakan kamu sepenuhnya. Kalau boleh bertanya pendapat mereka yang lebih berusia sebelum melaksanakan apa-apa yang membolehkankeperibadiaan kamu kelihatan kurang manis di mata umum. Akhir kata, ingatlah maruah keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri sebelum kamu berkongsi rasa cinta kamu terhadap pasangan tersayang di laman sosial. Rasa-rasa dan fikir-fikirkanlah. " Buat kamu yang sentiasa menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk mengutarakan perasaan, adalah sangat penting untuk kamu fahami bahawa apa sahaja yang ' dipaparkan di mata umum akan mencerminkan siapa diri kamu yang sebernanya" Salam #CINTA Dato' Fazley Yaakob |